ASAL USUL AD-DAJJAL
SEJARAH AD-DAJJAL
Ada riwayat Muslim yang
diterima dari Fatimah binti Qais
mengatakan: “Saya telah
mendengar muazzin Rasulullah
s.a.w memanggil untuk solat.
Saya pun pergi ke masjid dan
solat bersama Rasulullah s.a.w.
Selesai solat, Rasulullah s.a.w
naik ke atas mimbar. Nampak
semacam bergurau Baginda
tertawa dan berkata: “Jangan ada
yang bergerak. Hendaklah semua
duduk di atas sajadahnya.”
Kemudian berkata: “Tahukah
kamu mengapa aku
memerintahkan kamu jangan ada
yang pulang?” Kami menjawab:
“Allah dan Rasul-Nya yang lebih
tahu.”
Rasulullah s.a.w berkata lagi:
“Demi Allah aku me-nyuruh
kamu berkumpul di sini bukan
ingin menakut-nakuti dan bukan
memberi khabar gembira. Aku
ingin menceritakan kepada kamu
bahawa Tamim Al-Dariy adalah
seorang Nasrani, kemudian dia
datang menjumpai aku dan masuk
Islam. Dia ada bercerita kepadaku
tentang satu kisah tentang Dajjal.
Kisah yang dia ceritakan itu
sesuai dengan apa yang telah aku
ceritakan kepada kamu
sebelumnya.
Katanya dia bersama 30 orang
kawannya pergi ke laut dengan
menaiki kapal. Angin kencang
datang bertiup dan ombak besar
membawa mereka ke tengah-
tengah samudera yang luas.
Mereka tidak dapat menghalakan
kapalnya ke pantai sehingga
terpaksa berada di atas laut
selama satu bulan. Akhirnya
mereka terdampar di sebuah pulau
menjelang terbenamnya matahari.
Di pulau yang tidak ditempati
orang itu mereka berjumpa
dengan binatang yang sangat tebal
bulunya sehingga tidak nampak
mana jantina dan duburnya.
Mereka bertanya kepada binatang
itu: “Makhluk apa engkau ini?”
Binatang itu menjawab: “Saya
adalah Al-Jassasah.” Mereka
tanya: “Apa itu Al-Jassasah?”
Binatang itu hanya menjawab:
“Wahai kumpulan lelaki, pergilah
kamu ke tempat ini untuk
menjumpai lelaki macam ini,
sesungguhnya dia pun ingin
berjumpa dengan kamu. Mereka
pun pergi ke tempat yang
ditunjukkan oleh binatang itu.
Di sana mereka menjumpai
seorang lelaki yang sangat besar
dan tegap. Ertinya mereka tidak
pernah melihat orang sebesar itu.
Dari tangannya sampai ke
tengkuknya dikuatkan dengan
besi, begitu juga dari lututnya
sampai ke telapak kakinya.
Mereka bertanya: “Siapakah
anda?” Orang seperti raksaksa itu
menjawab: “Kamu telah
mendengar cerita tentang aku.
Sekarang aku pula ingin bertanya:
“Siapa kamu ini?”
Mereka menjawab: “Kami adalah
manusia berbangsa Arab. Kami
pergi ke laut menaiki kapal, tiba-
tiba datang ombak besar
membawa kami ke tengah-tengah
samudera luas dan kami berada di
lautan selama satu bulan.
Akhirnya kami terdampar di
pulau yang tuan tempati ini.
“Pada mulanya kami berjumpa
dengan binatang yang sangat tebal
bulunya sehingga kami tidak
dapat mengenali jantinanya. Kami
tanya siapa dia katanya Al-
Jassasah. Kami tanya apa
maksudnya dia hanya menjawab:
“Wahai kumpulan lelaki, pergilah
kamu ke tempat ini untuk
menjumpai lelaki macam ini,
sesungguhnya dia pun ingin
berjumpa dengan kamu.”
Itulah sebabnya kami datang ke
tempat ini. Sekarang kami sudah
berjumpa dengan tuan dan kami
ingin tahu siapa tuan sebenarnya.”
Makhluk yang sangat besar itu
belum menjawab soalan mereka
terus sahaja mengemukakan
soalan: “Ceritakan kamu kepadaku
keadaan kebun kurma yang di
Bisan itu,” nama tempat di negeri
Syam. Mereka menjawab:
“Keadaan apanya yang tuan
maksudkan?” Orang besar itu
menjawab: “Maksudku apakah
pokok kurma itu berbuah?”
Setelah mereka menjawab bahawa
pokok kurma itu berbuah, orang
besar tadi berkata: “Aku takut
pokok itu tidak berbuah.”
Orang besar itu bertanya lagi:
“Ceritakan kepadaku tentang
sungai Tabarah.” Mereka
menjawab: “Tentang apanya yang
tuan maksudkan?” Lelaki itu
menjawab: “Maksudku airnya
apakah masih ada.” Mereka
menjawab: “Airnya tidak susut.”
Lelaki itu berkata: “Air sungai
itu disangsikan akan kering.”
Akhirnya lelaki seperti raksaksa
itu berkata: “Kalau begitu
ceritakan kepadaku tentang Nabi
Al-Amin itu, apa yang dia buat?”
Mereka menjawab: “Dia telah
berhijrah dari Makkah ke
Madinah.” Lelaki itu bertanya
lagi: “Apakah dia diperangi oleh
orang-orang Arab?” Mereka
menjawab: “Ya, dia diperangi
oleh orang-orang Arab.” Lelaki
itu bertanya lagi: “Kalau begitu
apa pula tindakan dia terhadap
mereka?” Mereka ceritakan
bahawa Rasulullah s.a.w telah
mengembangkan dakwahnya dan
sudah ramai pengikutnya.
Orang besar itu berkata lagi:
“Memang begitulah, padahal
mereka beruntung jika taat
kepadanya.” Kata orang besar itu
lagi: “Sekarang aku terangkan
kepada kamu bahawa aku adalah
Al-Masih Dajjal. Nanti aku akan
diberi izin keluar, lalu aku pun
akan menjelajah dunia ini. Dalam
masa empat puluh malam sudah
dapat aku jalani semua, kecuali
Makkah dan Madinah yang aku
tidak dapat memasukinya. Negeri
Makkah dan Madinah dikawal
oleh para Malaikat, maka aku
tidak dapat menembusinya.”
Kata Tamim Al-Dariy lagi,
“Rasulullah s.a.w menekankan
tongkatnya di atas mimbar sambil
berkata: “Inilah negeri yang tidak
dapat dimasukinya itu, iaitu
Madinah. Saudara-saudara
sekalian apakah sudah aku
sampaikan cerita ini kepada
kamu?” Mereka menjawab: “Ya,
sudah ya Rasulullah.” Rasulullah
s.a.w berkata lagi: “Sememangnya
hadis Tamim itu lebih
meyakinkan saya lagi. Ceritanya
itu bersesuaian dengan apa yang
telah aku sampaikan kepada kamu
sebelumnya, iaitu tentang Makkah
dan Madinah yang dikatakan tidak
dapat dimasuki Dajjal. Cuma dia
ada mengatakan di lautan Syam
atau di laut Yaman. Tidak,
bahkan ia dari arah timur. Ia dari
arah timur,” kata Rasulullah
s.a.w sambil menunjuk ke arah
timur.
Rasulullah s.a.w telah
menguatkan lagi bahawa Dajjal
akan datang dari arah timur. Ada
yang mengatakan bahawa Dajjal
akan datang dari Khurasan atau
Asfihan.
KHUTBAH RASULULLAH
PERIHAL DAJJAL
Dari Abi Umamah Al-Bahiliy,
beliau berkata: “Rasululah s.a.w
telah berkhutbah di hadapan
kami. Dalam khutbahnya itu
Baginda banyak menyentuh
masalah Dajjal. Baginda telah
bersabda: “Sesungguhnya tidak ada
fitnah (kerosakan) di muka bumi
yang paling hebat selain daripada
fitnah yang dibawa oleh Dajjal.
Setiap Nabi yang diutus oleh
Allah SWT ada mengingatkan
kaumnya tentang Dajjal. Aku
adalah nabi yang terakhir
sedangkan kamu adalah umat yang
terakhir. Dajjal itu tidak mustahil
datang pada generasi (angkatan)
kamu. Seandainya dia datang
sedangkan aku masih ada di
tengah-tengah kamu, maka aku
adalah sebagai pembela bagi
setiap mukmin. Kalau dia datang
sesudah kematianku, maka setiap
orang menjaga dirinya. Dan
sebenarnya Allah SWT akan
menjaga orang-orang mukmin.
“Dajjal itu akan datang nanti dari
satu tempat antara Syam dan Irak.
Dan mempengaruhi manusia
dengan begitu cepat sekali. Wahai
hamba Allah, wahai manusia,
tetaplah kamu. Di sini akan saya
terangkan kepada kamu ciri-ciri
Dajjal, yang belum diterangkan
oleh nabi-nabi sebelumku kepada
umatnya.
“Pada mulanya nanti Dajjal itu
mengaku dirinya sebagai nabi.
Ingatlah, tidak ada lagi nabi
sesudah aku. Setelah itu nanti dia
mengaku sebagai Tuhan. Ingatlah
bahawa Tuhan yang benar tidak
mungkin kamu lihat sebelum
kamu mati. Dajjal itu cacat
matanya sedangkan Allah SWT
tidak cacat, bahkan tidak sama
dengan baharu. Dan juga di antara
dua mata Dajjal itu tertulis
KAFIR, yang dapat dibaca oleh
setiap mukmin yang pandai
membaca atau buta huruf.
“Di antara fitnah Dajjal itu juga
dia membawa syurga dan neraka.
Nerakanya itu sebenarnya
syurganya sedangkan syurganya itu
neraka, yakni panas. Sesiapa di
antara kamu yang disiksanya
dengan nerakanya, hendaklah dia
meminta pertolongan kepada
Allah dan hendaklah dia
membaca pangkal surah Al-Kahfi,
maka nerakanya itu akan sejuk
sebagaimana api yang membakar
Nabi Ibrahim itu menjadi sejuk.
“Di antara tipu dayanya itu juga
dia berkata kepada orang Arab:
“Seandainya aku sanggup
menghidupkan ayah atau ibumu
yang sudah lama meninggal dunia
itu, apakah engkau mengaku aku
sebagai Tuhanmu?” Orang Arab
itu akan berkata: “Tentu.” Maka
syaitan pun datang menyamar
seperti ayah atau ibunya. Rupanya
sama, sifat-sifatnya sama dan
suaranya pun sama. Ibu bapanya
berkata kepadanya: “Wahai
anakku, ikutilah dia,
sesungguhnya dialah Tuhanmu.”
“Di antara tipu dayanya juga dia
tipu seseorang, yakni dia bunuh
dan dia belah dua. Setelah itu dia
katakan kepada orang ramai:
“Lihatlah apa yang akan
kulakukan terhadap hambaku ini,
sekarang akan kuhidupkan dia
semula. Dengan izin Allah orang
mati tadi hidup semula.
Kemudian Laknatullah Alaih itu
bertanya: “Siapa Tuhanmu?”
Orang yang dia bunuh itu, yang
kebetulan orang beriman,
menjawab: “Tuhanku adalah
Allah, sedangkan engkau adalah
musuh Allah.”
Orang itu bererti lulus dalam
ujian Allah dan dia termasuk
orang yang paling tinggi darjatnya
di syurga.”
Kata Rasulullah s.a.w lagi: “Di
antara tipu dayanya juga dia
suruh langit supaya menurunkan
hujan tiba-tiba hujan pun turun.
Dia suruh bumi supaya
mengeluarkan tumbuh-
tumbuhannya tiba-tiba tumbuh.
Dan termasuk ujian yang paling
berat bagi manusia, Dajjal itu
datang ke perkampungan orang-
orang baik dan mereka tidak me-
ngakunya sebagai Tuhan, maka
disebabkan yang demikian itu
tanam-tanaman dan ternakan
mereka tidak menjadi.
“Dajjal itu datang ke tempat
orang-orang yang percaya
kepadanya dan penduduk kampung
itu mengakunya sebagai Tuhan.
Disebabkan yang demikian hujan
turun di tempat mereka dan
tanam-tanaman mereka pun
menjadi.
“Tidak ada kampung atau daerah
di dunia ini yang tidak didatangi
Dajjal kecuali Makkah dan
Madinah. Kedua-dua kota itu
tidak dapat ditembusi oleh Dajjal
kerana dikawal oleh Malaikat.
Dia hanya berani menginjak
pinggiran Makkah dan Madinah.
Namun demikian ketika Dajjal
datang ke pergunungan di luar
kota Madinah, kota Madinah
bergoncang seperti gempa bumi.
Ketika itu orang-orang munafik
kepanasan seperti cacing dan
tidak tahan lagi tinggal di
Madinah. Mereka keluar dan pergi
bergabung dengan orang-orang
yang sudah menjadi pengikut
Dajjal. Inilah yang dikatakan hari
pembersihan kota Madinah.
Dalam hadis yang lain, “di antara
fitnah atau tipu daya yang
dibawanya itu, Dajjal itu lalu di
satu tempat kemudian mereka
mendustakannya (tidak beriman
kepadanya), maka disebabkan
yang demikian itu tanam-tanaman
mereka tidak menjadi dan hujan
pun tidak turun di daerah mereka.
Kemudian dia lalu di satu tempat
mengajak mereka supaya beriman
kepadanya. Mereka pun beriman
kepadanya. Maka disebabkan yang
demikian itu Dajjal menyuruh
langit supaya menurunkan
hujannya dan menyuruh bumi
supaya menumbuhkan tumbuh-
tumbuhannya. Maka mereka
mudah mendapatkan air dan
tanam-tanaman mereka subur.”
Dari Anas bin Malik, katanya
Rasulullah s.a.w bersabda:
“Menjelang turunnya Dajjal ada
tahun-tahun tipu daya, iaitu tahun
orang-orang pendusta dipercayai
orang dan orang jujur tidak
dipercayai. Orang yang tidak
amanah dipercayai dan orang
amanah tidak dipercayai.”
Dari Jabir bin Abdullah, katanya
Rasulullah s.a.w ada bersabda:
“Bumi yang paling baik adalah
Madinah. Pada waktu datangnya
Dajjal nanti ia dikawal oleh
malaikat. Dajjal tidak sanggup
memasuki Madinah. Pada waktu
datangnya Dajjal (di luar
Madinah), kota Madinah bergegar
tiga kali. Orang-orang munafik
yang ada di Madinah (lelaki atau
perempuan) bagaikan cacing
kepanasan kemudian mereka
keluar meninggalkan Madinah.
Kaum wanita adalah yang paling
banyak lari ketika itu.
Itulah yang dikatakan hari
pembersihan. Madinah
membersihkan kotorannya seperti
tukang besi membersihkan karat-
karat besi.”
Diriwayatkan oleh Ahmad, hadis
yang diterima dari Aisyah r.a.
mengatakan: “Pernah satu hari
Rasulullah s.a.w masuk ke
rumahku ketika aku sedang
menangis. Melihat saya menangis
beliau bertanya: “Mengapa
menangis?” Saya menjawab: “Ya
Rasulullah, engkau telah
menceritakan Dajjal, maka saya
takut mendengarnya.”
Rasulullah s.a.w berkata:
“Seandainya Dajjal datang pada
waktu aku masih hidup, maka aku
akan menjaga kamu dari
gangguannya. Kalau dia datang
setelah kematianku, maka Tuhan
kamu tidak buta dan cacat.”
Dari Jabir bin Abdullah, katanya
Rasulullah s.a.w bersabda:
“Dajjal muncul pada waktu orang
tidak berpegang kepada agama
dan jahil tentang agama. Pada
zaman Dajjal ada empat puluh
hari, yang mana satu hari terasa
bagaikan setahun, ada satu hari
yang terasa bagaikan sebulan, ada
satu hari yang terasa satu minggu,
kemudian hari-hari berikutnya
seperti hari biasa.”
Ada yang bertanya: “Ya
Rasulullah, tentang hari yang
terasa satu tahun itu, apakah
boleh kami solat lima waktu
juga?” Rasulullah s.a.w
menjawab: “Ukurlah berapa jarak
solat yang lima waktu itu.”
Menurut riwayat Dajjal itu nanti
akan berkata: “Akulah Tuhan
sekalian alam, dan matahari ini
berjalan dengan izinku. Apakah
kamu bermaksud menahannya?”
Katanya sambil ditahannya
matahari itu, sehingga satu hari
lamanya menjadi satu minggu
atau satu bulan.
Setelah dia tunjukkan
kehebatannya menahan matahari
itu, dia berkata kepada manusia:
“Sekarang apakah kamu ingin
supaya matahari itu berjalan?”
Mereka semua menjawab: “Ya,
kami ingin.” Maka dia tunjukkan
lagi kehebatannya dengan
menjadikan satu hari begitu cepat
berjalan.
Menurut riwayat Muslim,
Rasulullah s.a.w bersabda: “Akan
keluarlah Dajjal kepada umatku
dan dia akan hidup di tengah-
tengah mereka selama empat
puluh. Saya sendiri pun tidak
pasti apakah empat puluh hari,
empat puluh bulan atau empat
puluh tahun. Kemudian Allah
SWT mengutus Isa bin Maryam
yang rupanya seolah-olah Urwah
bin Mas’ud dan kemudian
membunuh Dajjal itu.”
Dan menurut ceritanya setelah
munculnya Dajjal hampir semua
penduduk dunia menjadi kafir,
yakni beriman kepada Dajjal.
Menurut ceritanya orang yang
tetap dalam iman hanya tinggal
12,000 lelaki dan 7,000 kaum
wanita.
Wallahu A’lam.
Kamis, 04 April 2013
Asal usul AD-DAJJAL
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar